Langkah Kedua: Mendapatkan Temu janji Bersama Ekspatriat

0

Cara pertama untuk mendapatkan temujanji iaitu dengan menelefon dan menghantar email nampaknya tidak mendatangkan sebarang hasil. Kami tetap gagal untuk mendapatkan sebarang temu janji dengan eskpatriat dari mana-mana syarikat. Ternyata tugasan untuk mendapatkan ekspatriat ini tidak semudah yang kami sangkakan. Namun, kami tetap terus mencuba. Kali ini kami mencuba menggunakan cara kedua iaitu mencari alternatif untuk “ face to face”. Seorang ahli kumpulan kami iaitu Shed Hui telah berpeluang berjumpa dengan seorang ekspatriat secara tidak sengaja dalam satu program yang dihadirinya. Berikut adalah catatan Shed Hui mengenai pengalamannya itu.

"Saya menghadiri satu aktiviti bernama ' EYLN 2010'  yang berlangsung di Sunway Piramid pada 29th March 2010. Saya bersyukur kerana dapat bertemu dengan seorang ekspatriat yang sedang bertugas di sana. Saya pun mengambil kesempatan meminta keizinannya  untuk membuat temu janji dengannya. Beliau yang saya maksudkan bernama Encik Jaber yang berasal dari Iran. Encik Jaber seorang yang sangat peramah dan  beliau bersetuju untuk mengatur  temujanji yang saya maksudkan.  Saya amat gembira kerana akhirnya kami berjaya membuat temu janji  bersama ekspatriat. Temu janji telah ditetapkan pada minggu yang akan datang iaitu pada 3 April 2010."

Comments (0)

Post a Comment